Teks Penuh Perasmian Minggu Bidang Sains dan Matematik

Thursday, May 6, 2010

ASSALAMUALAIKUM WBT….

TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA PENGETUA SMK MUADZAM JAYA,

YANG DIHORMATI GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU CEMERLANG, KAUNSELOR CEMERLANG, KAUNSELOR DAN GURU-GURU SMKMJ

YANG DIKASIHI SEMUA PELAJAR SMK MUADZAM JAYA KERANA TANPA ANDA TIADALAH KAMI DISINI.

ALHAMDULILLAH… BERSYUKUR KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATALA KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA, PANITIA SAINS DAN MATEMATIK BERJAYA MENGADAKAN MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK YANG BERMULA DARI 3 – 6 MEI 2010.

WALAU PUN GURU-GURU SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI SEBELUM INI SAMADA DI DALAM BILIK DARJAH DAN DILUAR BILIK DARJAH TETAPI GURU-GURU SAINS DAN MATEMAIK BERJAYA JUGA MENCURI SEDIKIT MASA BAGI MENGADAKAN PROGRAM INI. SYABAS DIUCAPKAN.....SATU TEPUKAN UNTUK GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK.

TUJUAN UTAMA MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK INI DIADAKAN IALAH:
1. UNTUK MENANAM KESEDARAN DALAM DIRI PELAJAR TENTANG KEPENTINGAN SAINS DAN MATEMATIK
2. UNTUK MENYOKONG PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH.
3. UNTUK MENGCUNGKIL DAYA KREATIVITI DIKALANGAN PELAJAR.
4. UNTUK MENINGKATKAN KERJASAMA DI ANTARA PELAJAR DENGAN GURU DAN SESAMA PELAJAR

MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK KALI INI BERTEMAKAN ”GAYA HIDUP SIHAT”.

KAMI MEMILIH TEMA INI BAGI MENYEDARKAN SEMUA PIHAK TENTANG KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

GAYA HIDUP YANG SIHAT MERUPAKAN KUNCI UTAMA KEPADA KESEJAHTERAAN INSAN. INSAN YANG SIHAT PASTINYA DAPAT MEMAINKAN PERANAN AKTIF TERHADAP PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO, 1948) MENDEFINISIKAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI SUATU KEADAAN FIZIKAL, MINDA DAN SOSIAL YANG SIHAT, CERGAS, CERDAS SERTA BEBAS DARI SEBARANG PENYAKIT. BERLANDASKAN KEADAAN SOSIAL DAN MASYARAKAT. DEFINISI INI MENEGASKAN BAHAWA STATUS GAYA HIDUP YANG SIHAT DITUNJANGI OLEH FAKTOR FIZIKAL DAN MENTAL DAN SOSIAL YANG SIHAT, BERFUNGSI, CERGAS SERTA TIDAK DIANCAM OLEH SEBARANG PENYAKIT YANG BOLEH MEMUDARATKAN INSAN

INI BERMAKNA BUKAN SAHAJA SIHAT TUBUH BADAN TETAPI SIHAT JUGA DARI SEGI AKHLAK DAN BUDI BAHASA. SEBAGAI CONTOH PELAJAR MENGHORMATI GURU, GURU MENGHORMATI SESAMA RAKAN SEKERJA JUGA TERMASUK DALAM KATOGERI AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

PEPATAH ARAB ADA MENGATAKAN........

ORANG YANG MEMPUNYAI KESIHATAN ADALAH ORANG YANG MEMPUNYAI HARAPAN, DAN ORANG YANG MEMPUNYAI HARAPAN AKAN MEMPEROLEHI SEGALA-GALANYA

10 TIPS GAYA HIDUP SIHAT:

1. CAPAI BERAT BADAN NORMAL
2. TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL
3. MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DAN GULA
5. TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT
6. HADKAN LEMAK DALAM DIET
7. PENGAMBILAN KALIUM, MAGNESIUM DAN KALSIUM YANG MENCUKUPI
8. JANGAN MINUM MINUMAN KERAS
9. JANGAN MEROKOK DAN MENGHISAP DADAH.
10. MENANGANI STRESS(TEKANAN) DENGAN BETUL

BERSEMPENA DENGAN TEMA YANG DIPILIH, MAKA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN SEPANJANG INI TERMASUKLAH....

1. PERTANDINGAN MENU SIHAT
2. PERTANDINGAN MEMBUAT SEPANDUK
3. CERAMAH PERGIGIAN OLEH HOSPITAL MUADZAM SHAH
4. SENAMAN AEROBIK
5. MEMBUAT BUKU SKRAP/FOLIO

ACARA KEMUNCAK BAGI MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK IALAH CERAMAH DAN PAMERAN KESIHATAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA HARI KHAMIS DI DEWAN AL-BIRUNI.

KEPADA PELAJAR, GUNAKAN KESEMPATAN INI UNTUK MENYERTAI PROGRAM-PROGRAM YANG DIADAKAN SEPANJANG MINGGU INI. DISAMPING MEREBUT PELBAGAI HADIAH LUMAYAN YANG DISEDIAKAN, ANDA JUGA BOLEH MENAMBAHKAN PENGETAHUAN ANDA TENTANG KEPENTINGAN SAINS DAN MATEMATIK, KHUSUSNYA AMALAN GAYA HIDUP SIHAT. TANPA SAINS DAN MATEMATIK, KITA SEMUA TIDAK DAPAT MENIKMATI PELBAGAI KEMUDAHAN YANG KITA ADA SEKARANG, MAKA HARGAILAH SUMBANGAN SAINS DAN MATEMATIK KEPADA ANDA.

KEPADA GURU-GURU SMKMJ, SOKONGLAH MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DENGAN MEMBENARKAN PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG MINGGU INI.

DIKESEMPATAN INI JUGA, SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI PANITIA SAINS DAN MATEMATIK, KAKITANGAN MAKMAL, PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DAN SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MINGGU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK INI. TANPA KERJASAMA KALIAN, PROGRAM INI TIDAK MUNGKIN DAPAT DIJALANKAN.

“SAINS DAN MATEMATIK MEMPERKASAKAN NEGARA”

SEKIAN TERIMA KASIH.

Read more...

Piagam Pelanggan

Monday, April 6, 2009

Kami guru-guru Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya dengan ini berjanji dan berikrar akan:-

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang berkesan.

2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.

3. Bersikap adil terhadap setiap orang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah, bayaran ataupun ganjaran.

5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Read more...

Falsafah

Bidang Sains dan Matematik SMK Muadzam Jaya Akan Sentiasa Berusaha Mencapai Kecemerlangan Bagi Menyumbang Ke Arah Kemajuan Dan Pembangunan Negara.

Read more...

Misi

Untuk merealisasikan Visi tersebut, bidang Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi:-

1. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dari masa ke semasa.

2. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A dalam mata pelajaran sains dan matematik pada peringkat PMR supaya lebih ramai pelajar memasuki aliran sains bagi memenuhi dasar 60:40.

3. Meningkatan bilangan pelajar yang mendapat 1A dan 2A dalam mata pelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik pada peringkat SPM supaya lebih ramai pelajar berjaya memasuki pusat matrikulasi atau lain-lain pusat pengajian tinggi.

4. Melahirkan insan pelajar yang mantap dan terserlah dengan daya kepimpinan, disiplin dan personaliti.

5. Membentuk kecemerlangan sahsiah dalam diri setiap pelajar dengan pihak pentadbir, guru-guru dan kaki tangan sekolah sebagai ‘role-model’

6. Mewujudkan persekitaran yang kondusif yang boleh melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa sepanjang masa.

Read more...

Visi

Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Dalam Subjek Sains dan Matematik Bagi Merealisasikan Hasrat Kerajaan Menjadi Sebuah Negara Maju Menjelang 2020.

Read more...

Teras Perkhidmatan

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Berkerja dengan penuh tanggugjawab
3. Berusaha mengikis sikap memementingkan diri sendiri
4. Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan
5. Berkerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6. Berkerjasama denagan membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP